Panduan menjadi Ejen HabNiaga.com

HabNiaga.com merupakan laman web pengiklanan terbaru khas untuk pengguna di Malaysia.

Di web ini, sesiapa saja bebas membuat iklan selagi ianya mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Cuma, pengiklan perlu mendaftar keahlian melalui konsultan yang dilantik, kerana setiap keahlian akan dipantau oleh konsultan yang ditugaskan.

Potensi pasaran

Industri pengiklanan dan pemasaran di Malaysia mempunyai saiz pasaran yang sangat besar.

Peniaga, usahawan, syarikat yang menjual produk merupakan sasaran prospek pengguna HabNiaga.com

Jika diteliti dari jumlah perniagaan dan syarikat yang didaftarkan di SSM, kita dapat lihat betapa besarnya saiz pasaran prospek pengguna web HabNiaga.com.

Ini belum dikira pengiklan yang bukan jenis peniaga. Mereka juga berpotensi menjadi pengiklan di HabNiaga.com.

Sumber: https://www.ssm-einfo.my/

Kenapa perlu konsultan?

Tidak seperti platform iklan lain, HabNiaga.com menggunakan ejen jualan sebagai penghubung antara web HabNiaga.com dengan pengguna web.

Ejen jualan ini dipanggil Konsultan, selaras dengan tugas ejen untuk membantuk memberi nasihat dan saranan berkaitan pemasaran dan pengiklanan di web HabNiaga.com.

Dengan adanya konsultan:

  • Web lebih 'hidup' dengan adanya sentuhan manusia.
  • Lebih mudah untuk membina kepercayaan pengguna.
  • Lebih mudah untuk menapis pengiklan dan iklan yang tidak sesuai.
  • Web lebih meriah apabila wujud hubungan dua hala antara pengguna dengan konsultan.
  • Lebih cepat membina jaringan pengguna apabila bergerak dalam satu pasukan.

Apakah peranan konsultan?

Tugas konsultan HabNiaga.com telah digariskan dengan beberapa tugas penting. Antaranya:

  • Memperkenalkan web HabNiaga.com kepada semua orang.
  • Mengajak pengguna membuat iklan di HabNiaga.com.
  • Mengajar pengguna baru membuka akaun dan membuat iklan dengan betul.
  • Memantau keahlian dan iklan yang dibuat oleh ahli bawahan.
  • Sentiasa menambah jumlah ahli bawahan untuk memaksimumkan jumlah pendapatan.

Siapa yang boleh jadi konsultan?

Sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai Konsultan HabNiaga.com, tetapi ada had jumlah pendaftaran yang ditetapkan.

Ini kerana, HabNiaga.com tidak mahu terlalu ramai konsultan untuk mengelakkan persaingan melampau sesama sendiri berlaku.

Untuk mendaftar sebagai konsultan, anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu.

Kemudian, hubungi pihak HQ untuk pendaftaran Konsultan.

Jika masih ada kekosongan, borang pendaftaran Konsultan akan dibuka kepada anda.

Berapa kos pendaftaran konsultan?

Zaman sekarang, tiada lagi benda percuma.

Untuk mendaftar sebagai konsultan, kos yuran pendaftaran ialah RM80 sekali seumur hidup.

Di mana, RM30 adalah yuran pendaftaran, manakala modul ejen bernilai RM50.

Yuran boleh dibayar pada laman Ruangan Ejen setelah pendaftaran diluluskan.

Status ejen anda akan diaktifkan setelah bayaran yuran ejen berjaya dibuat.

Yuran ini tidak akan dikembalikan setelah pembayaran dibuat.

Buat masa sekarang, yuran adalah percuma untuk 30 orang pertama yang mendaftar sebagai Konsultan.

Tahap dan pangkat konsultan

Terdapat 4 tahap konsultan:

1. Konsultan Muda

  • Tahap percubaan selepas pendaftaran diluluskan.
  • Tempoh 3 bulan diberikan untuk mencapai jualan minimum serendah RM 1,500.
  • Komisen jualan (aras 1) - 40%
  • Jika berjaya capai sasaran dalam tempoh ditetapkan, boleh naik pangkat ke Konsultan.
  • Jika gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, akan diberi peluang kedua atau tidak lagi dibenarkan menjadi konsultan.

2. Konsultan

  • Berjaya melepasi pangkat Konsultan Muda.
  • Tiada tempoh percubaan.
  • Wajib mencapai jualan minimum serendah RM300 dalam tempoh 15 hari untuk melayakkan dapat komisen.
  • Komisen jualan (aras 1) - 40%
  • Insentif jualan (aras 1) - 2%
  • Belum layak untuk membina jaringan ejen.
  • Jika berjaya capai sasaran yang ditetapkan, boleh naik pangkat ke Pemimpin.
  • Jika gagal membuat jualan minimum RM600 sebulan dalam tempoh 3 bulan berturut-turut, akan diberhentikan daripada Konsultan.

3. Pemimpin

  • Berjaya melepasi kelayakan minimum semasa pangkat Konsultan.
  • Tiada tempoh percubaan.
  • Wajib mencapai jualan minimum serendah RM300 dalam tempoh 15 hari untuk melayakkan dapat komisen.
  • Komisen jualan (aras 1) - 40%
  • Komisen jualan (aras 2) - 3%
  • Insentif jualan (aras 1 & 2) - 2%
  • Bonus kepimpinan (aras 1 & 2) - 1%
  • Boleh membina jaringan ejen.
  • Jika berjaya capai sasaran yang ditetapkan, boleh naik pangkat ke Duta.
  • Jika gagal membuat jualan minimum dalam tempoh 3 bulan berturut-turut, akan diturunkan sebagai Konsultan.

4. Duta

  • Berjaya melepasi kelayakan minimum semasa pangkat Pemimpin.
  • Tiada tempoh percubaan.
  • Wajib mencapai jualan minimum serendah RM300 dalam tempoh 15 hari untuk melayakkan dapat komisen.
  • Komisen jualan (aras 1) - 40%
  • Komisen jualan (aras 2) - 3%
  • Komisen jualan (aras 3) - 2%
  • Insentif jualan (aras 1, 2 & 3) - 2%
  • Bonus kepimpinan (aras 1, 2 & 3) - 1%
  • Ganjaran global - 1%
  • Boleh membina jaringan ejen.
  • Jika gagal membuat jualan minimum dalam tempoh 3 bulan berturut-turut, akan diturunkan sebagai Pemimpin.

Syarat kelayakan kenaikan pangkat bagi semua pangkat yang ada boleh dilihat pada laman Ruangan Ejen selepas anda mendaftar sebagai konsultan di HabNiaga.com.

Potensi pendapatan

Untuk kiraan potensi pendapatan ini, saya tunjukkan contoh bagi pangkat Konsultan dan Pemimpin saja.

Pangkat Konsultan Muda tidak dikira kerana ianya adalah tempoh percubaan saja.

Harga pakej iklan boleh dilihat di sini.

Berikut adalah contoh kiraan potensi pulangan sebagai Konsultan dan Pemimpin, dengan anggaran purata jualan iklan sehari ialah 10 iklan bagi pakej RM20 setahun.

Panduan:

A - ahli
K - Konsultan
P - Pemimpin

Kiraan di atas adalah bagi purata jualan 10 iklan sehari.

Jika berjaya menjual lebih lagi, pendapatannya adalah lagi tinggi.

Untuk kiraan potensi pendapatan Duta, rasanya anda boleh bayangkan sendiri berapa jumlah pendapatan mereka dengan pelbagai jenis pendapatan yang mereka layak untuk terima.

Latihan berterusan

Jika anda mendaftar sebagai Konsultan, anda boleh menyertai perjumpaan mingguan dan bulanan secara online.

Dalam perjumpaan ini, pelbagai perkara akan dibincangkan seperti strategi dan sasaran semasa jualan, teknik yang sesuai yang akan diguna semasa membuat jualan, kajian dan cara mengatasi pesaing, serta pelbagai lagi topik-topik menarik.

Jadi, anda tidak perlu risau jika sekiranya anda masih baru dalam bidang jualan kerana di sini anda boleh menimba ilmu dan pengalaman daripada ejen lain yang berjaya membuat jualan.

Pembelajaran berterusan akan meningkatkan kemahiran anda sebagai Konsultan HabNiaga.com.

Apa tunggu lagi?

Jom daftar segera sebagai Konsultan sementara kekosongan masih ada.

BroBaidi.com
Hak cipta terpelihara
Bro Baidi Enterprise (LA0058311-D).